UNIT 1



TAHUN 4 - UNIT 1

TAHUN 4 TEMA 1: SAYANGI DIRI LATIHAN SOALAN OBJEKTIF:


1.
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Perlakuan yang ditunjukkan oleh murid di atas ialah sikap
A
berdikari
B
murah hati
C
tidak sopan
D
bertanggungjawab
2.
Kekuatan diri terdiri daripada berikut,kecuali
A
jujur
B
pandai
C
peramah
D
bercakap bohong
3
Luqman bercita-cita ingin menjadi doktor. Untuk mencapai cita-cita tersebut dia hendaklah
I
rajin mengulang kaji
II
suka bertanya
III
menghadiri kelas tambahan
IV
kuat berangan
I
rajin mengulang kaji
II
suka bertanya
III
menghadiri kelas tambahan
IV
kuat berangan
4.
Berdasarkan dialog di bawah, apakah sikap yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut?
A
Berdisiplin
B
Berat tulang
C
Beradab sopan
D
Bertanggungjawab
5
Mengapakah kekuatan diri sangat penting kepada kita?
A
Kita mudah dikenali
B
Menghalang daripada dibuli
C
Kita boleh menunjuk-nunjuk
D
Semua orang menyenangi diri kita
6
Apakah yang kamu faham dengan memajukan diri?
A
Belajar selama 18 jam sehari.
B
Tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar.
C
Mengembangkan diri dalam bidang yang diceburi.
D
Hanya belajar menjelang hari peperiksaan.
7
Antara berikut, manakah perlakuan yang menunjukkan seseorang kanak-kanak itu berdikari?
A
B
C
D
8
Jika mengalami kegagalan, kita tidak harus putus asa. Sikap begini menunjukkan kita seorang yang
A
rajin
B
tabah
C
malas
D
berkeyakinan
9
Chee Keong seorang murid yang tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup. Dia tekun mengulang kaji pada setiap hari. Dia berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Sikap seperti ini membolehkan dia
A
lebih kacak
B
disayangi oleh semua orang
C
berjaga hingga lewat malam
D
mencapai kejayaan dalam hidup
10
Andai kamu ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, kamu hendaklah
A
rajin mengulang kaji.
B
menulis nota dengan kemas.
C
membeli lebih banyak buku rujukan.
D
hanya belajar mata pelajaran yang digemari.
11
Antara berikut, manakah perlakuan yang baik?
I
II
III
IV
12
Muthu hendak berjaya dalam pelajaran. Bantulah dia untuk mengamalkan cara belajar yang betul.
I
Mengadakan kumpulan perbincangan
II
Sentiasa membuat ulang kaji
III
Bertanya kepada guru
IV
Belajar hingga lewat malam
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
13
Sebagai seorang murid sekolah, pilih perlakuan yang baik ketika berada di sekolah.
I
Mendengar dengan tekun ketika guru mengajar.
II
Beratur ketika membeli makanan di kantin.
III
Berkejar-kejaran di tangga sekolah.
IV
Senyap ketika di perpustakaan.
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
14
Setiap kelemahan diri harus _____________ jika kita hendak lebih berjaya.
A
dijauhi
B
dihindari
C
dibiarkan
D
diperbaiki
15
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Kata-kata di atas menunjukkan usaha murid berkenaan untuk
A
lebih bertanggungjawab
B
membaiki kelemahan diri
C
menjadi pelajar berdikari
D
disenangi oleh semua orang
16
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Murid lelaki di atas menunjukkan sikap seorang pelajar yang
A
malas
B
peramah
C
berdikari
D
bertanggungjawab
17
Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah.
Malik sering gagal dalam peperiksaan. Dia berusaha memperbaiki diri. Dia menumpukan perhatian dalam kelas ketika guru mengajar dan bertanya mana-mana bahagian yang tidak difahami. Dia juga rajin mengulang kaji dan membuat rujukan di perpustakaan. Akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan.
Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Malik ini?
A
Air dicincang takkan putus
B
Mencurah air di daun keladi
C
Rajin dan usaha tangga kejayaan
D
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
18
Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah.
Malik sering gagal dalam peperiksaan. Dia berusaha memperbaiki diri. Dia menumpukan perhatian dalam kelas ketika guru mengajar dan bertanya mana-mana bahagian yang tidak difahami. Dia juga rajin mengulang kaji dan membuat rujukan di perpustakaan. Akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan.
Malik merupakan seorang murid yang
A
gigih
B
malas
C
peramah
D
sombong
19
Robert pandai mengurus diri ketika hendak ke sekolah. Dia akan mandi sebelum ke sekolah. Rambutnya disisir rapi. Sikap seperti ini menunjukkan dia seorang yang
A
rajin
B
bijak
C
berdikari
D
bermegah-megah
20
Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah.
Abang Zainal seorang doktor. Dia mempunyai kliniknya sendiri. Kakak Zainal seorang peguam yang berjaya. Malangnya Zainal murid yang malas belajar.
Seharusnya dia menjadikan kejayaan abang dan kakaknya sebagai __________ untuk memperbaiki kelemahan diri.
A
amalan
B
panduan
C
pedoman
D
pertimbangan
21
Apakah tujuan kita mengenali diri sendiri?
A
Menunjukkan kepada orang lain.
B
Berbangga dan bermegah-megah.
C
Memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.
D
Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
22
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Berdasarkan gambar di atas, sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan ialah
A
membuang masa
B
membazir elektrik
C
mengisi masa lapang
D
menolong menggosok pakaian
23
Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Perlakuan bertanggungjawab tersebut menunjukkan sikap
A
rajin
B
berdikari
C
gigih berusaha
D
berbudi bahasa
24
Jika kamu gagal dalam peperiksaan, kamu hendaklah
I
tidak mudah menyerah kalah
II
terus mencuba hingga berjaya
III
kuatkan azam
IV
malas berusaha
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
25
Pilih usaha memperbaiki kelemahan diri yang betul.
I
Sering mengantuk di dalam kelas – rajin bersenam dan tidur awal.
II
Tulisan buruk dan sukar dibaca – sering berlatih menulis pada setiap hari.
III
Badan berbau busuk – kerap menukar baju.
IV
Keputusan peperiksaan kurang memuaskan – duduk berborak dengan rakan-rakan.
A
I dan II
B
II dan III
C
III dan IV
I dan IV




TEMA 1:SAYANGI DIRI 
UNIT 1:MENGENALI DIRI 

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
 1. menjelaskan kekuatan dan kelemahan diri 2. mengukuhkan kekuatan dan membaiki kelemahan diri 3. menunjukkan keyakinan terhadap kebolehan diri 

NOTA: 1. Setiap individu perlu mengenali dirinya sendiri. 2. Terdapat dua cara untuk kita mengenali diri sendiri,iaitu: a) mengetahui kekuatan diri b) mengetahui kelemahan diri 3. Kita perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri dari segi; a) tingkah laku b) pengetahuan c) kebolehan d) kemahiran yang dimiliki 4. Tujuan kita mengetahui kekuatan dan kelemahan diri ialah untuk; a) mengukuhkan kekuatan b) membaiki kelemahan diri 

LATIHAN: 1. Senaraikan 2 kekuatan diri kamu: a) b) 2. Senaraikan 2 kelemahan diri kamu:

AKTIVITI 1A





TEMA 1:SAYANGI DIRI TAJUK:PERLAKUAN  BERTANGGUNGJAWAB 

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:

 1. menyenaraikan perlakuan yang bertanggungjawab

 2. mengamalkan perlakuan bertanggungjawab

 3. berkeyakinan terhadap kebolehan diri NOTA:

 1. Tingkah laku yang bertanggungjawab ialah tingkah laku yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.
 2. Antara tingkah laku yang bertanggungjawab ialah:
     a) bersedia memberi kerjasama
     b) mengadakan hubungan yang baik dengan orang lain
   c) menghormati keluarga
  d) berdikari
  e) tidak terlalu bergantung kepada orang lain 

LATIHAN:
 1. Senaraikan 2 perlakuan bertanggungjawab yang telah kamu lakukan di sekolah.
 2. Senaraikan 2 perlakuan bertanggungjawab yang telah kamu lakukan di rumah:
 3. Lukiskan sebuah gambar perlakuan bertanggungjawab yang pernah kamu lakukan.

AKTIVITI 1B

TEMA 1:SAYANGI DIRI  TAJUK:USAHA MEMBAWA KEJAYAAN


Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 

1. menjelaskan cara untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran 

2. mengamalkan cara belajar yang betul untuk mencapai kejayaan

3. meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan diri 


NOTA:

 1. Setiap murid perlu mempunyai cita-cita untuk berjaya dalam bidang pelajaran. 

2. Kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha yang gigih  

3. Usaha-usaha perlu dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran 4. Antara usaha untuk berjaya dalam bidang pelajaran ialah:

a) menumpu perhatian semasa pengajaran guru    b) menyiapkan semua latihan dan kerjarumah c) mengulangkaji pelajaran

d) bertanya apabila ada masalah dalam pelajaran

 
LATIHAN: 1. Senaraikan cara-cara yang boleh kamu lakukan untuk berjaya dalam pelajaran.


AKTIVITI 1C
TEMA 1 :SAYANGI DIRI
TAJUK :BINA KEKUATAN DIRI
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menerangkan tingkah laku yang dapat membentuk perwatakan mulia
2. membezakan tingkah laku baik dengan yang tidak baik
3. menghargai kebolehan diri
NOTA: 1. Kita perlu menyedari bahawa tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini.
2. Setiap individu ada kekuatan dan kelemahan diri
3. Kekuatan diri adalah merupakan tingkah laku yang baik
4. Kelemahan diri adalah merupakan tingkah laku yang tidak baik

LATIHAN: 1. Senaraikan 3 tingkahlaku yang baik yang ada pada diri kamu:
a)
b)
c)
2. Adakah tingkahlaku yang tidak baik yang ada pada diri kamu?
  Jika ada,senaraikan: 





  

No comments:

Post a Comment