UNIT 9
TEMA 6: SEDIA HADAPI CABARAN
UNIT 9: MEMBINA BUDAYA CEMERLANG UNTUK MASA DEPAN
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyatakan kepentingan mengamalkan budaya cemerlang untuk kemajuan diri 2. mengamalkan budaya cemerlang untuk kemajuan diri 3. berusaha untuk mencapai kejayaan
NOTA:
1. Budaya cemerlang ialah amalan yang baik yang dijadikan sebagai salah satu gaya hidup
2. Budaya cemerlang penting untuk mencapai kemajuan diri
3. Antara budaya cemerlang ialah : a) mempunyai disiplin diri yang tinggi b) mengamalkan kemahiran yang betul c) berusaha menambah ilmu pengetahuan dengan menambah pembacaan d) berusaha meningkatkan kemahiran teknologI
AKTIVITI 9A
TEMA 6: SEDIA HADAPI CABARAN TAJUK: AMALKAN TINGKAH LAKU TERPUJI
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan tingkah laku yang terpuji 2. mengamalkan tingkah laku yang terpuji dalam kehidupan 3. menyayangi dan menghargai diri
NOTA:
1. Kita perlu mengamalkan tingkah laku yang terpuji dalam kehidupan
2. Tingkah laku yang terpuji merupakan salah satu budaya cemerlang dalam kehidupan
3. Individu yang bertingkah laku baik akan dihormati dan dipandang tinggi dalam masyarakat
4. Cara mengamalkan tingkah laku yang baik ialah seperti: a) berdisiplin b) mempunyai pegangan agama yang kuat c) beradab sopan selaras dengan budaya Malaysia d) menghormati pandangan orang lain e) menggunakan kata panggilan hormat yang betul f) menghargai persahabatan
No comments:
Post a Comment