TEMA 3 :HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT
UNIT 4 : INTERAKSI DENGAN KOMUNITI SEKOLAH
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyatakan kepentingan hidup bersama secara harmoni di sekolah
2. berinteraksi dengan rakan pelbagai kaum di sekolah
3. menghormati komuniti sekolah
NOTA:
1. Komuniti bermaksud satu kumpulan manusia berhubung dalam kawasan atau lingkungan yang sama
2. Komuniti sekolah terdiri daripada:
a) Guru Besar
b) PIBG
c) Guru-guru Penolong Kanan
d) Guru-guru
e) Kerani
f) Tukang Kebun
g) Pengawal Keselamatan
h) Pelawat
i) Murid-murid
3. Murid-murid perlu tahu cara - cara berinteraksi dengan komuniti sekolah
4. Cara-cara berinteraksi dengan komuniti sekolah adalah seperti:
a) mengucapkan salam apabila bertembung
b) bercakap dengan sopan dan mesra
c) memberikan senyuman yang manis
d) bersedia memberikan bantuan apabila diperlukan.
5. Interaksi yang baik dengan komuniti sekolah amat penting kerana dapat:
a) mewujudkan suasana persekitaran yang harmoni
b) mengelakkan sebarang perselisihan faham dan persengketaan
c) memudahkan sebarang aktiviti sekolah dilakukan .
AKTIVITI 4A
TEMA 3 :HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT
TAJUK : PATUHI PERATURAN SEKOLAH
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan kepentingan peraturan sekolah
2. menghasilkan peraturan kelas
3. mematuhi dan menghargai peraturan sekolah
NOTA: 1. Setiap sekolah mempunyai peraturan yang tersendiri
2. Peraturan - peraturan sekolah dimuatkan dalam Buku Peraturan Sekolah
3. Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, peraturan sekolah hendaklah dipatuhi dengan
baik
AKTIVITI 4B
TEMA 3 :HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKA
TAJUK : WARGA SEKOLAH BERSOPAN
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyenaraikan perkataan yang menunjukkan sikap sopan
2. mengucapkan kata-kata bersopan
3. menghargai warga sekolah
NOTA: 1. Setiap murid perlu menjadi warga sekolah yang bersopan
2. Bersopan dalam pertuturan dan tingkah laku
3. Sikap bersopan adalah seperti:
a) bercakap dengan bahasa yang sopan
b) tidak meninggikan suara walaupun dalam keadaan marah
c) membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan guru atau orang yang lebih tua .
d) menggunakan panggilan hormat yang sesuai
AKTIVITI 4C
AKTIVITI 4C
TEMA 3 :HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT
TAJUK : HORMATI PELAWAT SEKOLAH
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyatakan cara berinteraksi dengan pelawat sekolah
2. berinteraksi secara sopan dengan pelawat sekolah
3. menghormati dan bersedia membantu pelawat sekolah
NOTA:
1. Ada masanya , sekolah menerima kunjungan orang luar yang dikenali sebagai pelawat
2. Pelawat sekolah terdiri daripada ;
a) Pihak Jabatan Pelajaran Negeri
b) Pihak Pejabat Pelajaran Daerah
c) Pihak Kementeian Pelajaran Malaysia
d) Ahli Jawatankuasa PIBG
e) Ibu Bapa
f) Penjaga
g) Guru-guru atau murid-murid dari sekolah lain .
3. Sebagai seorang murid yang bersopan dan bertanggungjawab , sikap menghormati pelawat perlulah
ada.
4. Murid-murid perlu menunjukkan sikap yang baik terhadap pelawat-pelawat sekolah
5. Sikap murid itu dapat mencerminkan budaya sekolah yang baik
No comments:
Post a Comment