UNIT 8


UNIT 8



RUKUN NEGARA


TEMA 5  :   MALAYSIA NEGARAKU
 UNIT 8      :    BERBANGGA DENGAN IDENTITI NEGARA 

Hasil Pembelajaran:
 Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
 1. mengenal pasti identiti negara
 2. menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara
 3. berbangga dengan identiti negara 

NOTA: 
1. Setiap negara mempunyai identiti yang tersendiri 
2. Kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab mestilah mengenali , memahami dan menghayati identiti negara .
 3. Kita juga mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan identiti negara demi kesejahteraan masyarakat Malaysia . 
4. Antara identiti Malaysia ialah : a) Rukun Negara b) Jalur Gemilang c) Lagu Negaraku d) Bahasa Kebangsaan : - Ketika tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 , Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan telah termaktub dalam Perlembagaan Tanah Melayu dalam Perkara 152. - Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" dilancarkan pada tahun 1960 . e) Bunga Kebangsaan ( Bunga Raya ) - Bunga Raya menjadi simbol kepada masyarakat majmuk atau masyarakat pelbagai kaum - Pada 28 Julai 1960 , Bunga Raya diisytiharkan menjadi bunga kebangsaan . f) Jata Negara


AKTIVITI 8A


 TEMA 5:MALAYSIA NEGARAKU 
TAJUK: MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA

 Hasil Pembelajaran:
 Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
 1. menyatakan rasa bangga terhadap negara
 2. mendeklamasi sajak patriotik
 3. menghargai dan mencintai negara


 NOTA:
1. Setiap warganegara Malaysia perlu berasa bangga menjadi rakyat Malaysia
 2. Kita perlu mempunyai semangat patriotik yang tinggi
 3. Semangat patriotik yang tinggi membolehkan kita mempertahankan negara dari serangan dan ancaman musuh negara .
 4. Kita juga perlu sama - sama memajukan negara dengan bekerja keras serta berusaha meningkatkan produktiviti negara .
 5. Rakyat yang tidak patriotik patut berfikir bahawa betapa bertuahnya tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur seperti di Malaysia 


MERCU TANDA MALAYSIA


10 mercu tanda di Malaysia. Malaysia seperti juga negara lain mempunyai banyak mercu tanda yang mungkin merupakan sebuah bangunan atau tempat yang sentiasa menjadi ingatan. Ada banyak mercu tanda yang terkenal di seluruh negara kita.
10 mercu tanda di malaysia
Bangunan Sultan Abdul Samad - Kuala Lumpur
10 mercu tanda di malaysia
Stesen Keretapi Kuala Lumpur
10 mercu tanda di malaysia
Menara Berkembar Petronas - Kuala Lumpur
10 mercu tanda di malaysia
Tugu Negara - Kuala Lumpur
10 mercu tanda di malaysia
Memorial Perisytiharan Kemerdekaan - Melaka
10 mercu tanda di malaysia
Taman Putra Perdana - Putrajaya
10 mercu tanda di malaysia
Perdana Putra - Putrajaya
10 mercu tanda di malaysia
Gerbang Serambi Mekah - Kelantan
10 mercu tanda di malaysia
Menara Kuala Lumpur - Kuala Lumpur
10 mercu tanda di malaysia
Kompleks Yayasan Al-Bukhari - Kedah

















No comments:

Post a Comment