UNIT 6
TEMA 4 :KENALI BUDAYA MALAYSIA
UNIT 6 : KENALI DAN APRESIASI ADAB SOSIAL BUDAYA MALAYSIA
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menghuraikan adab sosial budaya Malaysia dan kepentingannya .
2. mengamalkan adab sosial yang diwarisi keluarga
3. menghormati adab sosial pelbagai kaum .
NOTA: 1. Adab sosial adalah peraturan yang diterima pakai oleh masyarakat
2. Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan adab sosial yang tinggi
3. Adab sosial itu perlulah diamalkan kerana ianya dapat memelihara keharmonian hidup bermasyarakat .
4. Kita juga perlu menghormati adab sosial pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia
AKTIVITI 6A
TEMA 4 :KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : KENALI ADAB MAKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menceritakan adab makan pelbagai kaum di Malaysia
2. mengamalkan adab semasa makan
3. menghormati adab makan pelbagai kaum di Malaysia
NOTA:
1. Salah satu adab sosial yang diwarisi ialah adab makan
2. Kita perlu mengamalkan adab makan yang baik kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya hidup kita .
3. Terdapat pelbagai adab makan dikalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum .
4. Contoh adab makan masyarakat Malaysia adalah seperti berikut : a) MASYARAKAT MELAYU: - duduk bersila di atas tikar - makan selepas semua ahli keluarga berkumpul - tidak bercakap-cakap semasa makan - makan dengan menggunakan tangan kanan b) MASYARAKAT CINA: - makan denga menggunakan penyepit - tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat - siku tangan tidak diletakkan di atas meja makan c) MASYARAKAT INDIA: - makanan diletakkan di atas daun pisang - makan menggunkan tangan - tidak bercakap-cakap semasa makan - tidak boleh goyang kaki semasa makan
AKTIVITI 6B
TEMA 4: KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : ADAB MAKAN AMALAN KITA
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. mengenal pasti adab semasa maka n 2. mengamalkan adab semasa makan
3. berbangga dengan adab makan yang diamalkan
NOTA: 1. Kita perlu mengamalkan adab makan yang baik 2. Adab makan yang diwarisi oleh masyarakat kita dapat membentuk sahsiah dan keperibadian yang baik 3. Adab makan : a) duduk dengan sopan di tempat makan b) menunggu semua anggota keluarga berkumpul sebelum makan c) tidak bercakap-cakap semasa mengunyah makanan d) makan dengan sopan dan tidak gelojoh semasa makan e) Tidak berebut-rebut semasa mengambil makanan f) tidak membuat perkara lain semasa sedang makan
AKTIVITI 6C
TEMA 4: KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : BERTUTUR DENGAN SOPAN
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan kata ucapan yang sopan 2. mengamalkan kata ucapan yang sopan 3. menunjukkan sikap sopan dalam pertuturan
NOTA:
1. Adab berinteraksi yang baik ialah bertutur dengan sopan .
2. Kita perlu bertutur dengan sopan dengan sesiapa sahaja , terutama : a) ibu bapa b) ahli keluarga c) guru d) orang yang lebih dewasa
3. Bertutur dengan sopan dapat mencerminkan keperibadian yang baik .
4. Kita mudah didekati dan disukai jika bertutur dengan cara yang bersopan .
5. Bertutur dengan sopan juga dapat memelihara maruah diri dan keluarga
No comments:
Post a Comment