PSK:TAHUN 4-UNIT 2
TEMA 1:SAYANGI DIRI
UNIT 2: PENGURUSAN DIRI
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. mengenal pasti cara menguruskan diri
2. menguruskan diri dengan bertanggungjawab
3. menunjukkan perasaan sayang dan bangga terhadap diri sendiri
NOTA:
1. Pengurusan diri sangat penting bagi setiap individu
2. Pengurusan diri dari aspek: a) kesihatan b) penampilan diri
3. Kesihatan dan penampilan diri yang baik dapat membentuk keyakinan diri yang tinggi
LATIHAN: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan diri?
AKTIVITI 2A
TEMA 1:SAYANGI DIRI
TAJUK:MAKANAN SEIMBANG
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan jenis makanan seimbang 2. menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang 3. menyayangi diri dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang
NOTA:
1. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang
2. Makanan yang seimbang ialah makanan yang mengandungi zat,vitamin,dan mineral.
3. Jenis dan kuantiti makanan bagi menjamin pemakanan yang seimbang dapat ditunjukkan dalam piramid makanan di bawah:
LATIHAN:
1. Berikan 2 contoh makanan bagi peringkat lemak dalam piramid makanan
a)
b)
2. Berikan 2 contoh makanan bagi peringkat protein dalam piramid makanan
a)
b)
3. Berikan 2 contoh makanan bagi peringkat mineral dalam piramid makanan
a)
b)
4. Berikan 2 contoh makanan bagi oeringkat karbohidrat dalam piramid makanan
a)
b)
AKTIVITI 2B
TEMA 1: SAYANGI DIRI
TAJUK : JAGA KEBERSIHAN DIRI
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri
2. menjaga kebersihan diri
3. menghargai diri dengan menjaga kebersihan diri
NOTA: 1. Kebersihan diri sangat penting bagi setiap individu
2. Kebersihan diri bukan sahaja menjamin kesihatan malah penting untuk penampilan diri
3. Cara-cara menjaga kebersihan diri adalah seperti berikut:
a) mandi tiga kali sehari dengan menggunakan sabun.
b) memotong kuku tangan dan kaki yang panjang
c) selalu mencuci rambut dengan syampu
d) membasuh tangan sebelum dan selepas makan
e) menggosok gigi setiap hari
f) memakai pakaian yang bersih
LAGU: " gosok gigi"
AKTIVITI 2C
TEMA 1 : SAYANGI DIRI
TAJUK : BERIADAH MENJAMIN KESIHATAN
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. mengenal pasti cara beriadah yang betul
2. melakukan riadah dengan cara yang betul
3. menyayangi diri dengan melakukan riadah yang betul
NOTA: 1. Salah satu cara menjaga kesihatan ialah dengan beriadah
2. Aktiviti-aktiviti riadah adalah seperti:
a) bersenam
b) senamrobik
c) joging
d) berjalan kaki
e) bersukan
3. Aktiviti riadah perlu dilakukan dengan betul supaya tidak meninggalkan kesan
4. Cara melakukan aktiviti riadah yang betul ialah:
a) melakukan regangan atau memanaskan badan sebelum melakukan sebarang aktiviti
b) melakukan aktiviti riadah mengikut keupayaan diri.
c) melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas sesuatu aktiviti riadah dilakukan
5. Aktiviti riadah dilakukan sekurang-kurangnya 3X seminggu
6. Aktiviti riadah yang dilakukan secara betul dan teratur akan menambahkan kecergasan badan.
No comments:
Post a Comment