UNIT 7


UNIT 7



TEMA 5     :             MALAYSIA NEGARAKU
 UNIT 7        :             KENALI MALAYSIA

Hasil Pembelajaran: 
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
 1. menjelaskan keistimewaan negara sendiri
 2. hidup bersama-sama dengan aman dalam masyarakat pelbagai kaum
 3. bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur



 NOTA: 
1. Malaysia terletak di benua Asia,iaitu di bahagian tenggara Asia 
2. Negara-negara jiran di Asia Tenggara adalah seperti berikut: a) Myanmar b) Thailand c) Laos d) Vietnam e) Kampuchea f) Indonesia g) Singapura h) Brunei i) Filipina j) Timor Leste
 3. Malaysia terdiri daripada a) 13 buah negeri b) 3 wilayah persekutuan 
4. Negeri-negeri di Malaysia: a) Johor b) Melaka c) Negeri Sembilan d) Selangor e) Perak f) Pulau Pinang g) Kedah h) Perlis i) Kelantan j) Terengganu k) Pahang l) Sarawak m) Sabah 
5. Wilayah-wilayah Persekutuan : a) Kuala Lumpur b) Labuan c) Putra Jaya
 6. Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan terletak di Putrajaya7. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, antaranya ialah : a) Melayu b) Cina c) India d) Iban e) Kadazan f) Murut g) Sikh
 8. Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong 
9. Ketua Kerajaan Persekutuan pula ialah Perdana Menteri
 10. Ketua Negeri ialah : a) Sultan - Johor , Pahang , Terengganu , Kelantan , Perak , Kedah , Selangor . b) Raja - Perlis c) Yang di Pertuan Besar - Negeri Sembilan d) Yang di Pertua Negeri - Melaka , Pulau Pinang , Sabah , Sarawak .
 11. Ketua Kerajaan Negeri ialah: a) Menteri Besar - bagi negeri yang ada sultan b) Ketua Menteri - bagi negeri yang tiada sultan




AKTIVITI 7A


TEMA 5                     :MALAYSIA NEGARAKU 
TAJUK                         : MALAYSIAKU TERCINTA

 Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
 1. menamakan ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia
 2. mencari maklumat tentang negeri-negeri di Malaysia 
3. berbangga dan cinta akan negara 

NOTA:
1. Berikut adalah ibu negeri bagi setiap negeri di Malaysia : a) Johor Darul Takzim - Johor Bahru b) Melaka Bandar Bersejarah - Bandar raya Melaka c) Selangor Darul Ehsan - Shah Alam d) Perak Darul Ridzuan - Ipoh e) Pulau Pinang Pulau Mutiara - Georgetown f) Kedah Darul Aman - Alor Setar g) Perlis Indera Kayangan - Kangar h) Kelantan Darul Naim - Kota Bharu i) Terengganu Darul Iman - Kuala Terengganu j) Pahang Darul Makmur - Kuantan k) Sarawak Bumi Kenyalang - Kuching l) Sabah Negeri di Bawah Bayu - Kota Kinabalu 
2) Negeri yang terbesar sekali di Malaysia ialah Sarawak
 3) Negeri yang terbesar sekali di Semenanjung Malaysia ialah Pahang
 4) Sungai yang terpanjang sekali di Malaysia ialah Sungai Rejang , Sarawak .
 5) Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu , Sabah .



AKTIVITI 7B


 TEMA 5:          MALAYSIA NEGARAKU 
TAJUK      :           MALAYSIAKU YANG PERMAI

 Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
 1. mengenal pasti keunikan Malaysia 
2. menghasilkan buku skrap berkaitan Malaysia
 3. menghargai dan bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur

 NOTA:
1. Rakyat Malaysia hidup aman damai biarpun terdapat perbezaan dari segi keturunan dan kepercayaan agama .
 2. Sikap hormat-menghormati menjadi penyumbang utama kepada keharmonian penduduk pelbagai kaum . 
3. Kemakmuran Malaysia terbukti kerana terdapat begitu banyak pendatang asing yang sanggup datang untuk mencari rezeki di Malaysia .
4. Masyarakat Malaysia juga hidup dalam lingkungan kebudayaan yang hampir sama .
5. Masyarakat Malaysia mengamalkan budaya ketimuran yang bersopan santun dan berbudi bahasa .
6. Kerajaan di Malaysia juga sebuah kerajaan yang kuat dan cekap dalam pentadbiran
7. Pentadbiran yang baik menyebabkan rakyat hidup dalam suasana yang aman dan selesa.





















No comments:

Post a Comment