TAHUN 4-UNIT 5
TEMA 4: KENALI BUDAYA MALAYSIAUNIT 5: KENALI DAN APRESIASI WARISAN BUDAYA MALAYSIA
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. mengenal pasti pelbagai warisan budaya Malaysia
2. mengekalkan warisan budaya Malaysia
3. berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia
NOTA: 1. Negara kita kaya dengan warisan budaya pelbagai kaum .
2. Kita mesti mengekalkan warisan budaya yang istimewa dan unik ini .
3. Cara untuk mengekalkan warisan budaya seperti :
a) memakai pakaian tradisional sebagai pakaian harian
b) memakai pakaian tradisional semasa hari kebesaran seperti Hari Raya ,
Tahun Baru Cina , Deepavali , Hari Gawai , dan Pesta Keamatan .
c) memakai pakaian tradisional semasa menghadiri majlis rasmi dan perkahwinan
d) menyediakan makanan tradisional sebagai juadah harian , semasa hari kebesaran dan majlis rasmi .
e) memberitahu rakan pena di luar negara tentang keistimewaan pakaian dan makanan tradisional masyarakat Malaysia .
4. Kita perlu mengekalkan warisan budaya kita kerana :
a) ia telah diwarisi daripada nenek moyang sejak dahulu lagi .
b) menjadi identiti rakyat Malaysia
c) warisan ini sungguh berharga dan menjadi kebanggaan kita , rakyat Malaysia
.
AKTIVITI 5A
TEMA 4 :KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : KEUNIKAN PAKAIAN YANG KITA WARISI
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. membandingkan keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum
2. mereka pakaian berasaskan pakaian tradisional pelbagai kaum
3. menghormati warisan budaya pakaian tradisional pelbagai kaum
NOTA: 1. Negara kita kaya dengan pelbagai warisan .
2. Setiap kaum di Malaysia mempunyai warisan budaya yang tersendiri .
` 3. Antara warisan budaya ialah pakaian tradisional
4. Pakaian tradisional masyarakat pelbagai kaum amat unik dan istimewa .
5. Pakaian tradisional yang dipakai dapat menggambarkan sesuatu kaum .
6. Keunikan pakaian tradisional terletak pada :
a) potongan pakaian b) jenis kain c) corak d) warna e) hiasan pada pakaian
AKTIVITI 5B
TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGAAN KITA
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. mengenal pasti jenis-jenis pakaian tradisional pelbagai kaum
2. melukis pakaian tradisional pelbagai kaum
3. berbangga dengan warisan budaya pakaian tradisional pelbagai kaum
NOTA:
1. Pakaian tradisional dipakai pada waktu-waktu tertentu
2. Baju Melayu dan baju kurung biasanya dipakai semasa :
a) majlis perkahwinan
b) Hari Raya Aidil Fitri dan lain-lain
3. Ceongsam , sam fu dan makua dipakai semasa :
\ a) Tahun Baru Cina b) majlis perkahwinan
4. Sari dan dhoti dipakai semasa : a) Deepavali b) Thaipusam
5. Kelambi dan cawat dipakai oleh kaum lelaki Iban semasa Hari Gawai .
6. Sut Punjabi dipakai oleh kaum Sikh semasa perayaan Vasakhi .
7. Pakaian tradisional sesuatu kaum turut dipakai oleh kaum - kaum yang lain
AKTIVITI 5C
TEMA 4 : KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : RESEPI MAKANAN TRADISIONAL KITA
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini , murid dapat:
1. mengenal pasti jenis-jenis makanan tradisional pelbagai kaum
2. menghasilkan buku resepi makanan tradisional
3. berbangga dengan keunikan warisan budaya makanan tradisional pelbagai kaum
NOTA: 1. Terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang diwarisi oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia .
2. Makanan tradisional menjadi hidangan istimewa semasa :
a) hidangan makan bersama keluarga
b) musim perayaan
c) majlis hari jadi
d) majlis perkahwinan
e) upacara keagamaan
3. Contoh jenis makanan tradisional mengikut kaum adalah seperti berikut :
KAUM MELAYU : a) masak lemak b) asam pedas c) sambal tumis
KAUM CINA : a) dim sum b) yong taufu c) pau
KAUM INDIA : a) thosai b) capati c) dhal
KAUM IBAN : a) lulun b) kasam c) salai
KAUM KADAZAN : a) tuhau b) hinava c) bosou
KAUM SIKH : a) roti nan b) capati
No comments:
Post a Comment