PERAYAAN KAUM CINA
1. HARI CAP GOH MEI
Hari Cap Goh Mei merupakan kemuncak bagi sambutan Tahun Baru Cina iaitu
pada hari ke-15 pada masa bulan purnama . Pada hari itu , semua ahli
keluarga akan berkumpul lagi untuk makan malam bersama . Juga diadakan
pemujaan terhadap roh nenek moyang mereka . Rumah-rumah dihiasi indah
dengan tanglong-tanglong .
Setengah-setengah keluarga orang-orang Cina akan mengadakan upacara
tertentu mengikut tradisi atau sesuatu acara baru yang diwujudkan oleh
mereka mengikut suasana dan cara hidup mereka . Misalnya , pada malam
Cap Goh Mei itu , anak-anak gadis keluar membuangkan buah-buah limau ke
dalam laut atau sungai sambil memohon sesuatu yang dihajati oleh mereka .
2. PERAYAAN CHENG BENG
PERAYAAN CHENG BENG
Ia merupakan perayaan kepercayaan
tentang menghormati roh-roh orang yang mati . Perayaan ini diadakan
setiap tahun dengan membawa persembahan - persembahan di tanah - tanah
perkuburan . Perayaan ini bermula dengan membersihkan tanah - tanah
perkuburan saudara mara atau datuk nenek mereka . Tulisan - tulisan yang
terdapat pada batu batu nisan kubur - kubur tersebut dibersihkan ,
malah , dicat lagi dengan warna merah atau warna emas . Kemudian ,
makanan , wang yang dibuat khas daripada kertas (paper money)
dipersembahkan di samping acara - acara memuja roh . Kertas-kertas acara
menyembah dibakar dan arak dituang di atas kubur - kubur tersebut .
Orang - orang Cina percaya bahawa kertas - kertas itu akan bertukar
menjadi duit di alam roh mereka . Dengan itu , akan menyenangkan
kehidupan roh - roh nenek moyang mereka . Akhir sekali makanan yang
dibawa tadi , dibungkus kembali dan dibawa pulang untuk dimakan .
3. PERAYAAN HANTU LAPAR
PERAYAAN HANTU LAPAR
Bagi orang - orang mati dan tidak
mempunyai saudara - mara yang membuat persembahan kepada mereka di dalam
perayaan Cheng Beng tersebut , ada suatu perayaan yang dikhaskan untuk
mereka . Perayaan ini dinamakan Perayaan Hantu Lapar . Perayaan ini
dirayakan terutamanya oleh suku Kantonis pada hari ke-14 bulan ketujuh
kalendar Cina . Suku Hokkien menyambutnya sehari kemudian . Persembahan
buah - buahan dan daging dibuat . Setanggi dan kertas - kertas acara
menyembah dibakar di hadapan rumah masing - masing .
Perayaan yang lebih meriah lagi diadakan di tempat - tempat seperti di
pasar - pasar . Di sini meja - meja besar disediakan penuh dengan
makanan untuk dipersembahkan kepada semangat - semangat . Wayang -
wayang opera dan pertunjukan - pertunjukan patung diadakan bagi
menyerikannya lagi . Pada hari penghabisan bulan ketujuh ini , upacara
ini akan diadakan sekali lagi .
4. PERAYAAN KUIH BULAN
PERAYAAN KUIH BULAN
Perayaan ini adalah merupakan suatu
perayaan di dalam musim menuai yang biasanya disambut dalam lingkungan
dua minggu selepas atau sebelum 23hb September pada tiap-tiap tahun. Ia
bersamaan dengan 15hb bulan ke-8 kalendar Cina .
Pada hakikatnya , perayaan ini ialah bagi petani-petani pada zaman
dahulu tetapi , masih disambut dan dirayakan lagi sehingga masa ini oleh
orang-orang Cina di negara kita , meskipun musimnya tidak ada
kena-mengena dengan musim menuai di Malaysia .
Kuih bulan yang berbentuk bulat yang merupakan sebagai bulan ,
berintikan pes kacang , biji teratai , telur , daging babi dan
sebagainya . Di atasnya diterap dengan tulisan Cina bermakna bulan
beserta rupa tuhan bulan itu sendiri . Ia disediakan untuk menyambut
perayaan ini dan kuih itu untuk dipersembahkan kepada tuhan bulan .
LAGENDA MENGENAI PERAYAAN KUIH BULAN
Perayaan ini bermula apabila seorang
Jeneral keturunan Han mengetuai suatu revolusi menentang regim Mongul
(Dinasti Yuan) . Di dalam rancangan menggulingkan kerajaan Mongol itu ,
mereka menggunakan kuih bulan sebagai alat komunikasi . Kerajaan tidak
dapat mengesyaki perbuatan ini kerana kuih tersebut senang dibawa dan
boleh dimakan dengan bebasnya . Orang-orang Han menyelitkan surat-surat
yang mengandungi arahan-arahan di dalam kuih ini dalam masa kuih-muih
ini dibuat secara besar-besaran . Kemudian ia dibahagi-bahagikan kepada
orang-orang Han . Dan apabila mereka membelah kuih-kuih tersebut ,
mereka dapat arahan - arahan untuk melancarkan revolusi. Lalu mereka pu
mempersiapkan diri . Pada masa yang ditetapkan mereka pun melancarkan
revolusi yang memeranjatkan kerajaan Mongul . Mereka berjaya dan ketika
itu juga bermulanya pemerintahan Dinasti Ming .
Perayaan ini juga dinamakan Perayaan Tanglong kerana selepas
bersembahyang , kanak-kanak bermain-main dengan tanglong . Tanglong ini
berbentuk binatang seperti arnab , serangga , burung , rama-rama , bunga
dan ikan . Ada juga yang berbentuk kapal terbang , helikopter , kereta
dan sebagainya sesuai mengikut selera masa sekarang .
Meskipun perayaan ini adalah untuk petani-petani tetapi terdapat juga
kepercayaan bagi menghormati dan menyembah bulan terutama bagi kaum
wanita yang ada hubungannya dengan dewi kecantikan . Dikatakan juga
bahawa pada malam hari ini bulan bersinar dengan lebih terang lagi
daripada hari-hari biasa .
5. TAHUN BARU CINA
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi kaum Cina .
Pada hakikatnya , ia dirayakan oleh orang-orang Cina di seluruh dunia .
Orang Cina menyambut Tahun Baru pada hari pertama dalam bulan pertama
mengikut perkiraan kalendar Cina . Tahun Baru Cina biasanya jatuh pada
di antara 21hb Januari hingga 20hb Februari , tahun Masihi .
Orang-orang Cina sangat mempercayai semangat , dewa-dewi , roh , hantu
dan banyak tuhan . Mereka memuja dan mengadakan acara-acara menyembah
sesuai dengan kepercayaan -kepercayaan mereka . Perayaan Tahun Baru Cina
ini bermula pada 24hb Bulan ke-12 kalendar Cina , apabila tuhan dapur (
tuhan yang sangat popular di kalangan orang Cina) dihantar ke syurga .
Di syurga , tuhan ini akan membuat laporan kepada Maharaja Jade tentang
keadaan setiap rumah dalam sepanjang masa di tahun lalu. Sejenis kuih ,
'nian gao' , yang diperbuat daripada pulut dan berasa manis
dipersembahkan kepada tuhan tersebut sebagai hadiah perpisahan . Ini
diharapkan agar di syurga nanti tuhan itu akan terkunci mulutnya dengan
kelekitan pulut tersebut dan jika tidak pun ia akan memberi laporan yang
baik-baik kerana kemanisan kuih tersebut .
LAGENDA MENGENAI ASAL-USUL PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Pada zaman dahulu , orang Cina
hidup secara sederhana sekali . Pakaian mereka dibuat daripada
kulit-kulit binatang sahaja. Mereka memakan makanan yang mudah . Mereka
bebas dan merasa sangat berpuas hati . Kemudian mereka menetap pula di
suatu dataran di lembah Sungai Kuning yang kaya dengan hasil tanaman .
Lalu mereka pun membuka sebuah kampung dan membentuk sebuah masyarakat .
Mereka hidup dalam aman damai .
Tetapi , pada suatu malam yang dingin, mereka telah diserang oleh
raksasa misteri . Ia telah mengorbankan beberapa jiwa dan juga
harta-benda orang-orang kampung . Pada hari berikutnya penduduk kampung
mengadakan mesyuarat. Langkah-langkah berjaga-jaga pun diambil bagi
mengelakkan serangan yang kedua .
Hari berganti , minggu berlalu . Tiada apa yang terjadi dan orang-orang
kampung pun mula melupakan peristiwa itu . Tetapi , dengan tiba-tiba
raksasa itu menyerang lagi . Kali ini melibatkan lebih banyak korban dan
harta-benda . Mesyuarat kedua pu diadakan . Langkah berjaga-jaga
dilipatgandakan . Sekali lagi tiada apa yang berlaku dan orang kampung
pun melupakan lagi peristiwa itu.
Serangan yang ketiga berlaku dengan lebih dahsyat lagi . Pasukan
penyiasat pun dikerah dan nasihat dari semua tempat pu n dicari.
Akhirnya seorang yang bijaksana memberitahu orang kampung bahawa raksasa
misteri yang ditakuti itu akan mengulangi serangannya selepas matahari
muncul sebanyak 365 kali . Ia mudah disingkirkan jika mereka mengambil
langkah-langkah mempertahankan diri .
Lalu mereka bermesyuarat lagi . Arahan-arahan dikeluarkan dan
orang-orang bijak pandai dikerahkan mengumpulkan maklumat mengenai
raksasa itu . Maka didapati bahawa raksasa itu hanya takut kepada tiga
perkara iaitu bunyi bising , cahaya yang terang dan warna merah .
Raksasa itu diberi nama 'nian' yang beerti 'tahun'.
Jadi pada petang hari ke-365 , segala persiapan pun dibuat . Kesemua
orang kampung telah bersiap sedia dengan senjata masing-masing .
Rumah-rumah diterangi dengan cahaya -cahaya api dan semua barang -barang
diwarnakan dengan warna merah . Bunyi bising dibuat sepanjang malam .
Tahun itu berlalu tanpa serangan raksasa . Kegelisahan orang kampung pun
reda .
Fajar menyingsing . Setiap penduduk tersenyum gembira . Suara-suara ucap
selamat dan tahniah kedengaran . Raksasa itu benar-benar mengasihani
mereka . Lalu perayaan pun diadakan .
Kemudian orang-orang tua yang dihormati mencadangkan agar majlis
kesyukuran diadakan secara tetap pada setiap petang hari ke-365.